Selasa, Juni 10

awaL dari perSahabatan adaLah PenGertian........
akHir dAri perSahaBatan adALah kEmATian...
FUCK the RULE_

Rabu, Januari 9

CARILAH ILMU~

Menuntut ilmu itu adalah lebih utama daripada mengerjakan solat sunat. Orang yang tidak kasih akan ilmu maka tiadalah kebaikan yang banyak padanya maka orang seperti ini tidak baik didekati dan didampingi. Jika para ulama’ yang beramal itu bukan wali-wali Allah maka tiadalah wali Allah..

imam syafi’i

Sesungguhnya aku mengetahui satu bab daripada ilmu tentang perintah dan larangan Allah adalah lebih aku sukai daripada aku berperang 70 kali di jalan Allah..

– abu hurairah

Muzakarah ilmu sesaat adalah lebih baik daripada berdiri beribadah di malam hari..

– abu darda’

Sesungguhnya aku mempelajari satu bab ilmu kemudian aku mengajarkannya kepada seorang muslim adalah lebih aku sukai berbanding aku memiliki seisi dunia ini dan aku gunakan semuanya pada jalan Allah..

– imam al-Hasan al-Bashri

Atasi stress dengan mengenalinya...


Pendahuluan

Apa itu stress?

Sebagai seorang manusia yang normal, kita dibekalkan dengan pelbagai perasaan yang menyelubungi diri. Suka, sedih, gembira, dan murung merupakan antara perasaan yang datang bersilih ganti. Manakala tekanan (stress) merupakan suatu tindakbalas yang akan melahirkan perasaan-perasaan tertentu. Kebiasaannya stress dikaitkan dengan tekanan yang berlebihan dalam memikul atau melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab.

Dalam meniti kehidupan seharian, kita pasti akan mengharungi pelbagai ujian dan dugaan yang sudah menjadi lumrah. Ini juga sebenarnya merupakan suatu tekanan. Namun, sejauh mana tekanan itu memberi kesan bergantung kepada individu itu sendiri. Hanya mereka yang bijak dalam mengatur kehidupan, tiada masalah dalam menangani masalah stress ini dan tidak wujud dalam kamus kehidupan mereka istilah stress berlebihan. Apabila tekanan yang dipikul ditukarkan menjadi suatu yang positif, sebagai pembakar semangat atau penggerak, maka segala tribulasi dalam kerja dan tugas akan dapat dihadapi dengan fikiran yang terbuka.

Stress menjadi suatu masalah?

Masalah ini wujud bagi mereka yang tidak dapat mengendalikan tekanan yang diberikan. Tekanan yang dipikul dipandang negatif, dirasakan sebagai suatu bebanan yang begitu berat, lantas membawa kepada keadaan tertekan yang berlebihan kepada diri individu tersebut. Masalah stress berlebihan juga boleh dipengaruhi oleh keadaan-keadaan dan punca-punca tertentu. Ini menjadikan kadar seseorang itu mengalami tekanan berlebihan amat tinggi seandainya individu tersebut tidak mampu mengawal keadaan, dengan kata lain, keadaan yang mengawal dirinya.

Apa yang akan berlaku bila stress?

Apabila seseorang individu terlalu tertekan, situasi tersebut bakal mengundang pelbagai implikasi, samada kepada dirinya, orang lain, mahupun persekitarannya. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia rumit. Kesannya bukan sahaja sementara malah mungkin boleh menjangkau suatu tempoh jangka masa yang lama.

Walaupun begitu, setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap persoalan ada jawapannya. Stress berlebihan juga bukanlah suatu yang mustahil untuk dikawal dan diatasi. Semua ini akan dikupas satu persatu dengan lebih jelas dalam pernyataan-pernyataan yang seterusnya.

Namun, sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang permasalahan ini, cuba kita kenali secara ringkas jenis-jenis stress dalam kehidupan seharian kita.

Jenis-jenis stress

Seiringan dengan dugaan dan ujian kehidupan yang pelbagai, stress juga terdiri daripada pelbagai jenis bergantung kepada faktor-faktor dan keadaan sekelilingnya. Antaranya:

Tekanan emosi, fikiran, dan kepercayaan

Emosi tidak stabil

Gangguan pemikiran

Kurang/lemah dalam kepercayaan

Tekanan dalam perhubungan/ pekerjaan/ pelajaran

Mencari persefahaman dalam perhubungan/ komunikasi berjaya

Masalah kerja dalam organisasi/ persendirian/ persekitaran/ biologi

Tugasan tertangguh/ tidak sempurna

Tekanan posttraumatic (trauma)

Terimbau peristiwa pahit

Fobia pada benda/keadaan tertentu

Tekanan-tekanan ini berkemungkinan dialami oleh seseorang individu satu atau lebih dalam sesuatu masa. Semakin banyak jenis tekanan yang dihadapinya, semakin tinggi kadar stress yang dialami. Jadi, mereka perlu mengadaptasikan diri dengan kondisi dan perkara-perkara yang menjadi punca berlakunya stress itu.

Punca-punca stress- diri sendiri/ persekitaran

Seperti yang telah dinyatakan, terdapat pelbagai jenis stress yang berkemungkinan dihadapi oleh seseorang individu, dan stress sebenarnya dialami bergantung atas perkara-perkara yang menyumbang kepadanya.

Faktor diri sendiri- Time urgency (kesuntukan masa)

Telah menjadi kebiasaan masyarakat kita berlumba-lumba mengejar masa dan ini sebenarnya merupakan faktor terbesar berlakunya stress. Kesuntukan masa untuk menyempurnakan suatu tugasan ataupun desakan dalam menghasilkan sesuatu dengan kualiti yang tinggi dalam masa yang singkat menjadi kondisi yang paling besar bagi seseorang individu itu stress. Begitu juga bagi mereka yang suka menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan akan rasa tertekan di hujung masa apabila deadline (tarikh akhir) semakin hampir. Namun, sebenarnya tertakluk atas individu itu sendiri bagaimana masa yang ada dikendalikan.

Faktor diri sendiri- hormon

Bagi kaum hawa, faktor hormon merupakan faktor terbesar yang menjerumuskan mereka ke lembah stress. Faktor hormon yang dimaksudkan ialah apabila seseorang wanita itu mengalami period (haid). Emosi mereka akan sedikit terganggu dengan perubahan hormon yang berlaku. Malah dalam keadaan tertentu mereka akan rasa tidak selesa. Ini semua boleh mendatangkan stress seandainya wanita tersebut tidak dapat mengawal emosinya.

Faktor diri sendiri- penyakit

Sesetengah individu yang rasa stress juga berpunca daripada penyakit yang dialaminya. Penyakit yang dialami melahirkan pemikiran negatif, rasa kekurangan yang amat mendalam pada diri, lantas menyebabkan individu tersebut dalam keadaan yang tertekan selalu.

Faktor persekitaran- keluarga dan masyarakat

Selain itu, keadaan persekitaran tertentu juga mempengaruhi individu menjadi tertekan. Keluarga, organisasi terkecil yang terdekat dengan seseorang individu membawa pengaruh yang besar. Keluarga sakinah, keluarga yang bahagia, jauh daripada masalah-masalah besar, biasanya ahlinya jarang mengalami stress berlebihan. Begitu juga dalam masyarakat, masyarakat yang aman dan harmoni, jarang ahlinya rasa tertekan. Individu yang stress selalunya dilingkungi oleh persekitaran yang kurang baik, seperti keluarga yang berpecah-belah, masyarakat yang huru-hara, dan sebagainya. Keadaan ini memerlukan individu itu bijak mengadaptasi dengan persekitarannya bagi mengelakkan rasa stress berlebihan yang berterusan.

Faktor persekitaran- Keadaan sekeliling

Persekitaran bukan sahaja melibatkan organisasi yang telah disebutkan, malah merangkumi keadaan fizikal sekeliling individu tersebut. Didapati keadaan sekeliling yang serabut dan tidak menyelesakan sedikit sebanyak memberi tekanan. Warna-warna tertentu juga boleh mempengaruhi mood dan emosi seseorang individu. Justeru, pemilihan dan pengendalian keadaan sekeliling amat penting bagi mengelakkan stress berlaku.

Implikasi daripada stress

Apabila stress sudah mengambil tempat, tidak boleh tidak, pasti akan ada kesannya. Samada kesan sementara atau kesan yang berpanjangan. Kesan pada diri mahupun pada persekitaran.

Implikasi kepada diri

Tiada tumpuan (difficulty concentrating)

Tidak dapat menyesuaikan maklumat yang diperoleh

(difficulty in assimilating new information)

Emosi tidak stabil/ murung/ cepat marah (emotional effects)

Implikasi kepada orang lain

persepsi kurang baik (bad perception)

Tugasan tidak sempurna (unsolved work)

Menyusahkan/ mengganggu orang lain

Tips mengurangkan tekanan dari perspesi Islam

Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa hingga menyeret orang lain menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan hendaklah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Justeru, amalkanlah cara-cara yang dapat mengawal dan mengurangkan tekanan hidup supaya mudah bagi kita melaksanakan apa yang telah dinyatakan tadi.

Biasakan diri dalam keadaan berwudhu’

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudhu’ sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Kerja yang susah akan senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wudhu’ sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca al-Quran

Ganjaran yang besar akan Allah berikan kepada sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Mukjizat al-Quran itu akan membawa pembacanya ke arah kedamaian dan ketenangan. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman yang paling akrab sepanjang waktu.

Banyakkan solat sunat

Sebagai makhluk yang paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, taubat, dan tasbih adalah antara solat sunat yang terdapat dalam islam. Bangunlah pada sepertiga malam dan dirikan solat sunat agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. Ingatlah firman Allah yang bermaksud, mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat, semoga segala masalah yang membelenggu diri dipermudahkan Allah.

Selalu berdoa kepada Allah

Sesungguhnya Allah adalah pencipta kepada segala pencipta. Allah yang Maha Menciptalah yang telah menciptakan manusia. Jadi, hanya kepadaNya sahaja kita berhak meminta. Hanya Allah yang berkuasa ke atas kita, maka mohonlah rahmat dan ketengan daripadaNya setiap waktu.

Bersangka baik dengan apa yang dihadapi

Kita sebagai manusia tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah dugaan daripada Allah yang Maha Kuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita hendaklah bersangka baik dengan apa yang Allah takdirkan dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Ketahuilah bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cergas akan membentuk minda yang cerdas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga sebenarnya merupakan salah satu faktor tekanan. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit-penyakit yang kronik.

Menangis sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan dengan melalui luahan hati kita. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” pada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan menunjukkan seolah-olah tiada permasalahan bagi mereka. Tetapi perbuatan mereka menyimpan dalam perasaan boleh membawa kepada stress.

Hargai kebolehan diri

Kita perlu mempunyai sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan menjalani kehidupan yang lebih ceria.

Stress bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang dialami pastinya akan dapat dirungkai dengan jayanya.

Plan pengurusan stress

Membina plan

Langkah 1: apa yang anda ingin capai?

Langkah 2: bagaimana keadaan akan berubah?

Mendapatkan penyelesaian

Langkah 3: bagaimana anda tahu apabila anda telah mencapai jalan keluar?

Langkah 4: apakah sumber-sumber yang telah membantu anda?

Langkah 5: apakah halangan yang anda tempuhi untuk berjaya?

Takut gagal (fear of failure)

Takut berjaya (fear of success)

Langkah 6: fikirkan plan tindakan

Langkah 7: fikirkan plan semakan

Diari perasaan sehari-hari

Aktiviti: pilih masa yang berbeza dalam satu hari dan tandakan maklumat di bawah bagaimana perasaan anda ketika itu. Cuba lakukannya dengan masa yang sama untuk setiap masa yang dipilih pada hari-hari yang berikutnya.

Leka

1

2

3

4

5

6

7

Peka

Tidak bermaya

1

2

3

4

5

6

7

Bersemangat

Sedih

1

2

3

4

5

6

7

Gembira

Cuai

1

2

3

4

5

6

7

Berwaspada

Resah

1

2

3

4

5

6

7

Tenang

Bersendirian

1

2

3

4

5

6

7

Bergaul

Tertekan

1

2

3

4

5

6

7

Terangkat

Lapar

1

2

3

4

5

6

7

Kenyang

Cuaca: buruk

1

2

3

4

5

6

7

Cuaca: baik

Tumpuan: lemah

1

2

3

4

5

6

7

Tumpuan: baik

Tekanan tinggi

1

2

3

4

5

6

7

Tekanan rendah

Tiada senaman

1

2

3

4

5

6

7

Ada latihan

Kurang tidur

1

2

3

4

5

6

7

Cukup tidur

Kualiti kesuluruhan hari: lemah

1

2

3

4

5

6

7

Kualiti keseluruhan hari: bagus

Cara ini akan membawa anda ke arah pengaplikasian perasaan yang baik apabila diperlukan. Ambil masa untuk melaksanakan latihan di atas dan dapatkan hasilnya. Jika hasilnya kurang memuaskan, ambil tindakan sekarang!

Penutup

Tiada lagi masalah stress

Setelah apa yang kita kupas sedikit sebanyak, maka seharusnya tidak wujud lagi masalah stress berlebihan yang kerap. Pengetahuan tentang jenis-jenis dan punca-punca stress yang telah diperoleh sepatutnya menjadi pendinding dalam diri, antibodi bagi virus yang membawa kuman stress. Kita sudah maklum impak-impak yang bakal berlaku akibat stress. Maka, seboleh-bolehnya kita jauhi stress daripada membelenggu diri.

Hendak seribu daya

Langkah-langkah untuk mengawal dan mengatasi stress telah diberikan dan sebenarnya ramai yang sedia maklum akan cara-cara tersebut. Terpulang ke atas diri individu itu sendiri untuk mengaplikasi ilmu yang diperoleh dalam kehidupan sehariannya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.

Hidup ceria tanpa stress

Tuntasnya, walaupun sudah menjadi lumrah dunia setiap insan bernama manusia akan diuji dan diduga dengan mehnah dan tribulasi dalam kehidupan, setiap daripada mereka berhak untuk menjalani kehidupan yang aman dan harmoni. Stress bukanlah suatu masalah besar yang menghalang manusia daripada mengecapi nikmat duniawi itu semua. Setiap individu berhak menentukan cara hidup mereka dan berhak memilih keadaan yang diinginkannya. Pilihlah untuk tidak stress. Katakan tidak kepada stress. Hidup ceria tanpa stress.


Sumber

internet

http://www.geocities.com/azdriana13/tekanan.htm

buku perpustakaan

Controlling stress and tension – denial a. girdano, george s. everly jr, Dorothy

~KENALI DIRIMU~


Petama-tama sekali, kenali diri yang ni bukan macam yang terdapat dalam majalah-majalah yang anda pernah baca seperti majalah remaja, maskulin, wanita, dan sebagainya apatah lagi majalah-majalah lawak yang sewaktu dengan ujang, blues, gempak, serta utopia, malah jauh-sejauhnya dengan komik atau manga yang terdapat di pasaran.

Kenali diri juga bukanlah sekadar bermaksud kenal nama sendiri, tarikh lahir, hobi, cita-cita, dan sebagainya yang selalu kita isi dalam borang-borang. Bukan jua setakat hanya mengetahui kita anak siapa, status apa, umur berapa, pilihan hati macam mana, atau profil-profil yang lain. Kenali diri ini lebih ditekankan kepada mengenali sisi rohani kita, tapi bukannya siaran sebalik malam kat tv3 tu- merungkai sisi gelap mu. Renungkan realiti yang kita lalui sehari-hari. Kadang-kadang begitu senang kita memilih makanan, pakaian, atau apa pun keperluan hidup kita yang lain. Kelihatan kita begitu arif tentang apa yang diri kita mahukan. Tetapi, jauh dari sudut yang lain, mungkin kita sebenarnya hanya mengenali sebahagian kecil sahaja daripada diri kita atau lebih teruk lagi kita langsung tidak memahami tentang diri kita sendiri. Dengan erti kata lain, kita masih tidak mengenali siapa diri kita.

Terus kepada point, yang paling penting sekali dalam proses mengenali diri kita adalah dengan mengenali siapa pencipta kita dan siapa yang paling dekat dengan kita. Sudah tentulah Allah yang Maha Kuasa. Cuba kita lihat, orang yang hilang ingatan- lupa siapakah dirinya- dia tidak akan mendapat jawapan dengan bertanya dirinya sendiri dan pastinya dia akan bertanya kepada orang lain untuk dia kenal diri dia semula. Tetapi, kita sebagai manusia yang normal, hanya kepada Allah lah tempat kita mengadu kerana Dialah yang Maha Mengetahui atau dalam bahasa aliennya- He knows best. Dengan itu kita perlu kenal Dia dahulu dalam proses kita mengenali diri kita.

Jangan sempitkan fikiran kita dengan menganggap mengenali Allah itu cukup sekadar menghafal nama-namaNya- asma’ul husna, atau cukup dengan mengetahui sifat-sifatNya- sifat yang wajib, mustahil, dan harus. Itu budak sekolah pun tahu. Tetapi, kenal Allah itu meliputi pelbagai aspek yang amat luas. Daripada keimanan akan kewujudanNya hinggalah kepada tuntutan-tuntutan suruhan dan larangan yang telah disyariatkanNya, dan memahami segala perkara yang berkaitan.

Di salah satu stesen-stesen aspek itu kita akan bertemu sebab yang tersurat dan tersirat mengapa kita dilahirkan ke muka bumi ini. Firman Allah bermaksud:

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan

supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Lihat, Allah menciptakan kita manusia untuk beribadat tunduk

dan patuh kepadaNya. Tetapi, Allah menciptakan jin pun untuk

tujuan itu juga. Apa bezanya? Samakah kita dengan jin? Atau

memang kita ni jin, bukan manusia? Selami lagi firman Allah:

Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia

dalam bentuk yang sebaik-baiknya . (at-Tiin:4)

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah

di muka bumi… (al-Baqarah:30)

Nampak? Kedua-dua ayat al-Quran di atas menjelaskan lebih lanjut tentang siapa diri kita. Sesungguhnya kita adalah makhluk ciptaan Allah yang paling baik, paling sempurna, yang memegang tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Itulah sebenarnya diri kita, tetapi kita sering alpa dan lalai, hanyut dengan arus duniawi. Sedarlah, khalifah muka bumi tiada yang lain, bukannya tumbuhan, haiwan, atau makhluk-makhluk lain yang daripada lahirnya hingga ke saat matinya sama sahaja. Khalifah itu adalah kita manusia, yang seharusnya sentiasa bersedia dan bertanggungjawab dengan jawatan agung yang diberikan itu. Kita tidak sepatut malah tidak boleh lari daripadanya kerana seandai kita berbuat sedemikian, kita tidak ubah seperti pokok-pokok atau haiwan-haiwan yang tidak dianugerahkan akal fikiran. Kerana akal fikiran itulah alat bantu khalifah yang akan digunakan berpandukan syariat Allah.

Akhirnya, kita dah kenal siapa diri kita yang sebenar. Maka, segala perlakuan dan tingkah kita selepas ini seharusnya melambangkan kita sebagai diri kita yang sepatutnya itu, bukannya kekal sebagai diri sebenar kita yang penuh kejahilan.

~sertakan taubat dalam kehidupanmu~


Maksud firman Allah..

Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." (albaqarah:36)

Sesungguhnya kalam Allah itu benar. Bermula daripada kejadian nenek moyang kita lagi iaitu nabi adam, syaitan iblis telah memulakan bisikan2 penyesatannya. Tidak ada matlamat lain lagi bagi iblis syaitan ini setelah dilaknat Allah melainkan untuk menyesatkan dan membawa umat manusia ini ke arahnya. Tatkala dia dihukum derhaka oleh Allah pantas iblis syaitan ini terus memohon daripada Allah.. namun bukan keampunan yang dipinta.. tetapi umur yang panjang..

Maksud Firman Allah..

Iblis menjawab: "tangguhkanlah bagiku sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (al-a'raf:14-17)

Lihat! Sumpah dan janji iblis syaitan kepada Allah sejurus permintaannya diperkenankan.. tidak akan dibiarkannya umat manusia ini melainkan akan didatanginya dari segala sudut diri manusia dengan godaan dan bisikan kejahatan.

Betapa banyaknya pengalaman iblis syaitan ini dalam kerjanya menggoda manusia. Bayangkan dia diberikan penangguhan kematian sehingga ke hari qiamat. Manakala umat manusia ini apabila tiba ajalnya maka didatangilah malaikat maut untuk menjemputnya..

Maksud firman Allah..

Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, Maka apabila Telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya. (al-a'raf:34)

Justeru itu, umat manusia seharusnya sentiasa mengingat akan tiba masa kematiannya. Seharusnya mereka menempuhi kehidupan ini melalui jalan yang telah dipandu syariatNya dan seharusnya umat manusia bersedia dalam menghadapi musuh durjana yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam menjalankan rencana jahatnya itu. Tidak seharusnya umat manusia mengikut jejak langkah makhluk yang telah dilabelkan derhaka oleh Allah secara terang2an malah dilaknat lagi. Jadilah umat manusia dalam golongan ulul albab..

Maksud firman Allah..

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka. (ali imran:190-191)

Namun di akhir zaman ini, mengapa begitu susah bagi umat manusia untuk mengikut perintahNya dan meninggalkan laranganNya apatah lagi jauh sekali untuk bertaubat kepadaNya. Tidakkah mereka melihat kesan2 umat terdahulu yang ingkar? Di mana letaknya mata mereka? Tidakkah mereka mendengar kisah2 pembalasan Allah atas umat sebelum mereka? Di mana letaknya telinga mereka? Tidakkah mereka terdetik untuk kembali kepada Allah, mensucikan diri dan bertaubat atas kelalaian dan kealpaan mereka? Di mana letaknya hati mereka?

Maksud firman Allah..

Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai. (al-a'raf:179)

Ya.. memang mereka seperti binatang.. lihatlah kemusnahan dunia ini.. lihatlah kebobrokan akhlak mereka.. lihatlah runtuhnya moral anak2 mereka.. berkali2 azab dan bala telah Allah turunkan. Tsunami, banjir, gempa bumi, taufan, kemarau. Tapi di mana penyesalan mereka? Mereka hanya menganggap itu hanya bencana alam. Tidak terlintas langsung di fikiran mereka bahawa fenomena2 ini adalah amaran daripada Allah. Cuma segelintir, hanya sekelumit sahaja yang terbit rasa keinsafan. Itupun hanya sebahagian daripada mereka yang mengalami sendiri, dan yang telah pergi, entah sempat atau tidak mereka meratapi kesilapan dan kealpaan mereka sebagai manusia biasa.

Maksud firman Allah..

Sesungguhnya Taubat di sisi Allah hanyalah Taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang Kemudian mereka bertaubat dengan segera, Maka mereka Itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-nisa':17)

Dan firmannya lagi..

Dan tidaklah Taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. bagi orang-orang itu Telah kami sediakan siksa yang pedih. (an-nisa':18)

Na’uzubillah. Berlindunglah dengan Allah daripada kesyirikan dan sentiasalah umat manusia ini bermunajat, berzikir, beristighfar, memohon keampunan daripada yang Maha Pengasih, mensucikan diri daripada dosa2 yang telah dibuat samada secara sengaja ataupun tidak sengaja, secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya Allah telah mengajar adam kalimah2 untuk bertaubat, dan para ulama telah sepakat dengan cara taubat yang insyaAllah akan diterima yang mana harus memenuhi kriteria2 berikut:

  1. Menyesal dengan kesalahan dan dosa tersebut.
  2. Memohon keampunan daripada Allah akan kesalahan dan dosa yang dilakukan.
  3. Berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

Dan bagi dosa dan kesalahan yang melibatkan insan yang lain, maka seharusnya mendapat kemaafan daripada si fulan itu terlebih dahulu.

Semoga yang Maha Pengampun akan menerima taubat kita umat manusia dan senantiasa memberikan belas kasihan ke atas umat manusia. Semoga pintu hati kita tidak ditutup setelah diberi hidayah dan taufiqnya. Semoga segala langkah dan perilaku kita di bawah petunjuk dan pimpinannya. Semoga kita dipelihara daripada mengulangi dosa2 yang telah kita terlanjur. Semoga kita dikurniakan yang terbaik daripadaNya..

akhi husain


~Cara Hidup Muslimah Solehah~


TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS

1.Muslimah solehah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG
2. Muslimah solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK

3.Muslimah solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Muslimah yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

TIDAK BIADAB DALAM BERKATA
4. Muslimah solehah memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

TIDAK BERKATA SIA-SIA

5. Muslimah solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

TIDAK MEMAKAI TUDUNG TIGA SEGI

6. Muslimah solehah memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

TIDAK MENGADA-NGADA
7. Muslimah solehah memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini. Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang oleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

TIDAK MENGHIAS DIRI BERLEBIHAN
8.Muslimah solehah memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

TIDAK MEMAKAI TUDUNG JARANG
9. Muslimah solehah tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jalah yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.

by akhi Husain..
http://blog.360.yahoo.com/blog-Ozcfy3Mmc6lzOGprDqYTZx7j?p=9