Rabu, Januari 9

Atasi stress dengan mengenalinya...


Pendahuluan

Apa itu stress?

Sebagai seorang manusia yang normal, kita dibekalkan dengan pelbagai perasaan yang menyelubungi diri. Suka, sedih, gembira, dan murung merupakan antara perasaan yang datang bersilih ganti. Manakala tekanan (stress) merupakan suatu tindakbalas yang akan melahirkan perasaan-perasaan tertentu. Kebiasaannya stress dikaitkan dengan tekanan yang berlebihan dalam memikul atau melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab.

Dalam meniti kehidupan seharian, kita pasti akan mengharungi pelbagai ujian dan dugaan yang sudah menjadi lumrah. Ini juga sebenarnya merupakan suatu tekanan. Namun, sejauh mana tekanan itu memberi kesan bergantung kepada individu itu sendiri. Hanya mereka yang bijak dalam mengatur kehidupan, tiada masalah dalam menangani masalah stress ini dan tidak wujud dalam kamus kehidupan mereka istilah stress berlebihan. Apabila tekanan yang dipikul ditukarkan menjadi suatu yang positif, sebagai pembakar semangat atau penggerak, maka segala tribulasi dalam kerja dan tugas akan dapat dihadapi dengan fikiran yang terbuka.

Stress menjadi suatu masalah?

Masalah ini wujud bagi mereka yang tidak dapat mengendalikan tekanan yang diberikan. Tekanan yang dipikul dipandang negatif, dirasakan sebagai suatu bebanan yang begitu berat, lantas membawa kepada keadaan tertekan yang berlebihan kepada diri individu tersebut. Masalah stress berlebihan juga boleh dipengaruhi oleh keadaan-keadaan dan punca-punca tertentu. Ini menjadikan kadar seseorang itu mengalami tekanan berlebihan amat tinggi seandainya individu tersebut tidak mampu mengawal keadaan, dengan kata lain, keadaan yang mengawal dirinya.

Apa yang akan berlaku bila stress?

Apabila seseorang individu terlalu tertekan, situasi tersebut bakal mengundang pelbagai implikasi, samada kepada dirinya, orang lain, mahupun persekitarannya. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia rumit. Kesannya bukan sahaja sementara malah mungkin boleh menjangkau suatu tempoh jangka masa yang lama.

Walaupun begitu, setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap persoalan ada jawapannya. Stress berlebihan juga bukanlah suatu yang mustahil untuk dikawal dan diatasi. Semua ini akan dikupas satu persatu dengan lebih jelas dalam pernyataan-pernyataan yang seterusnya.

Namun, sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang permasalahan ini, cuba kita kenali secara ringkas jenis-jenis stress dalam kehidupan seharian kita.

Jenis-jenis stress

Seiringan dengan dugaan dan ujian kehidupan yang pelbagai, stress juga terdiri daripada pelbagai jenis bergantung kepada faktor-faktor dan keadaan sekelilingnya. Antaranya:

Tekanan emosi, fikiran, dan kepercayaan

Emosi tidak stabil

Gangguan pemikiran

Kurang/lemah dalam kepercayaan

Tekanan dalam perhubungan/ pekerjaan/ pelajaran

Mencari persefahaman dalam perhubungan/ komunikasi berjaya

Masalah kerja dalam organisasi/ persendirian/ persekitaran/ biologi

Tugasan tertangguh/ tidak sempurna

Tekanan posttraumatic (trauma)

Terimbau peristiwa pahit

Fobia pada benda/keadaan tertentu

Tekanan-tekanan ini berkemungkinan dialami oleh seseorang individu satu atau lebih dalam sesuatu masa. Semakin banyak jenis tekanan yang dihadapinya, semakin tinggi kadar stress yang dialami. Jadi, mereka perlu mengadaptasikan diri dengan kondisi dan perkara-perkara yang menjadi punca berlakunya stress itu.

Punca-punca stress- diri sendiri/ persekitaran

Seperti yang telah dinyatakan, terdapat pelbagai jenis stress yang berkemungkinan dihadapi oleh seseorang individu, dan stress sebenarnya dialami bergantung atas perkara-perkara yang menyumbang kepadanya.

Faktor diri sendiri- Time urgency (kesuntukan masa)

Telah menjadi kebiasaan masyarakat kita berlumba-lumba mengejar masa dan ini sebenarnya merupakan faktor terbesar berlakunya stress. Kesuntukan masa untuk menyempurnakan suatu tugasan ataupun desakan dalam menghasilkan sesuatu dengan kualiti yang tinggi dalam masa yang singkat menjadi kondisi yang paling besar bagi seseorang individu itu stress. Begitu juga bagi mereka yang suka menangguh-nangguhkan tugasan yang diamanahkan akan rasa tertekan di hujung masa apabila deadline (tarikh akhir) semakin hampir. Namun, sebenarnya tertakluk atas individu itu sendiri bagaimana masa yang ada dikendalikan.

Faktor diri sendiri- hormon

Bagi kaum hawa, faktor hormon merupakan faktor terbesar yang menjerumuskan mereka ke lembah stress. Faktor hormon yang dimaksudkan ialah apabila seseorang wanita itu mengalami period (haid). Emosi mereka akan sedikit terganggu dengan perubahan hormon yang berlaku. Malah dalam keadaan tertentu mereka akan rasa tidak selesa. Ini semua boleh mendatangkan stress seandainya wanita tersebut tidak dapat mengawal emosinya.

Faktor diri sendiri- penyakit

Sesetengah individu yang rasa stress juga berpunca daripada penyakit yang dialaminya. Penyakit yang dialami melahirkan pemikiran negatif, rasa kekurangan yang amat mendalam pada diri, lantas menyebabkan individu tersebut dalam keadaan yang tertekan selalu.

Faktor persekitaran- keluarga dan masyarakat

Selain itu, keadaan persekitaran tertentu juga mempengaruhi individu menjadi tertekan. Keluarga, organisasi terkecil yang terdekat dengan seseorang individu membawa pengaruh yang besar. Keluarga sakinah, keluarga yang bahagia, jauh daripada masalah-masalah besar, biasanya ahlinya jarang mengalami stress berlebihan. Begitu juga dalam masyarakat, masyarakat yang aman dan harmoni, jarang ahlinya rasa tertekan. Individu yang stress selalunya dilingkungi oleh persekitaran yang kurang baik, seperti keluarga yang berpecah-belah, masyarakat yang huru-hara, dan sebagainya. Keadaan ini memerlukan individu itu bijak mengadaptasi dengan persekitarannya bagi mengelakkan rasa stress berlebihan yang berterusan.

Faktor persekitaran- Keadaan sekeliling

Persekitaran bukan sahaja melibatkan organisasi yang telah disebutkan, malah merangkumi keadaan fizikal sekeliling individu tersebut. Didapati keadaan sekeliling yang serabut dan tidak menyelesakan sedikit sebanyak memberi tekanan. Warna-warna tertentu juga boleh mempengaruhi mood dan emosi seseorang individu. Justeru, pemilihan dan pengendalian keadaan sekeliling amat penting bagi mengelakkan stress berlaku.

Implikasi daripada stress

Apabila stress sudah mengambil tempat, tidak boleh tidak, pasti akan ada kesannya. Samada kesan sementara atau kesan yang berpanjangan. Kesan pada diri mahupun pada persekitaran.

Implikasi kepada diri

Tiada tumpuan (difficulty concentrating)

Tidak dapat menyesuaikan maklumat yang diperoleh

(difficulty in assimilating new information)

Emosi tidak stabil/ murung/ cepat marah (emotional effects)

Implikasi kepada orang lain

persepsi kurang baik (bad perception)

Tugasan tidak sempurna (unsolved work)

Menyusahkan/ mengganggu orang lain

Tips mengurangkan tekanan dari perspesi Islam

Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa hingga menyeret orang lain menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan hendaklah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Justeru, amalkanlah cara-cara yang dapat mengawal dan mengurangkan tekanan hidup supaya mudah bagi kita melaksanakan apa yang telah dinyatakan tadi.

Biasakan diri dalam keadaan berwudhu’

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudhu’ sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Kerja yang susah akan senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wudhu’ sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca al-Quran

Ganjaran yang besar akan Allah berikan kepada sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Mukjizat al-Quran itu akan membawa pembacanya ke arah kedamaian dan ketenangan. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman yang paling akrab sepanjang waktu.

Banyakkan solat sunat

Sebagai makhluk yang paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, taubat, dan tasbih adalah antara solat sunat yang terdapat dalam islam. Bangunlah pada sepertiga malam dan dirikan solat sunat agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah. Ingatlah firman Allah yang bermaksud, mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat, semoga segala masalah yang membelenggu diri dipermudahkan Allah.

Selalu berdoa kepada Allah

Sesungguhnya Allah adalah pencipta kepada segala pencipta. Allah yang Maha Menciptalah yang telah menciptakan manusia. Jadi, hanya kepadaNya sahaja kita berhak meminta. Hanya Allah yang berkuasa ke atas kita, maka mohonlah rahmat dan ketengan daripadaNya setiap waktu.

Bersangka baik dengan apa yang dihadapi

Kita sebagai manusia tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah dugaan daripada Allah yang Maha Kuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita hendaklah bersangka baik dengan apa yang Allah takdirkan dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Ketahuilah bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cergas akan membentuk minda yang cerdas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga sebenarnya merupakan salah satu faktor tekanan. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit-penyakit yang kronik.

Menangis sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan dengan melalui luahan hati kita. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” pada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan menunjukkan seolah-olah tiada permasalahan bagi mereka. Tetapi perbuatan mereka menyimpan dalam perasaan boleh membawa kepada stress.

Hargai kebolehan diri

Kita perlu mempunyai sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah. Apa yang penting ialah kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan menjalani kehidupan yang lebih ceria.

Stress bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang dialami pastinya akan dapat dirungkai dengan jayanya.

Plan pengurusan stress

Membina plan

Langkah 1: apa yang anda ingin capai?

Langkah 2: bagaimana keadaan akan berubah?

Mendapatkan penyelesaian

Langkah 3: bagaimana anda tahu apabila anda telah mencapai jalan keluar?

Langkah 4: apakah sumber-sumber yang telah membantu anda?

Langkah 5: apakah halangan yang anda tempuhi untuk berjaya?

Takut gagal (fear of failure)

Takut berjaya (fear of success)

Langkah 6: fikirkan plan tindakan

Langkah 7: fikirkan plan semakan

Diari perasaan sehari-hari

Aktiviti: pilih masa yang berbeza dalam satu hari dan tandakan maklumat di bawah bagaimana perasaan anda ketika itu. Cuba lakukannya dengan masa yang sama untuk setiap masa yang dipilih pada hari-hari yang berikutnya.

Leka

1

2

3

4

5

6

7

Peka

Tidak bermaya

1

2

3

4

5

6

7

Bersemangat

Sedih

1

2

3

4

5

6

7

Gembira

Cuai

1

2

3

4

5

6

7

Berwaspada

Resah

1

2

3

4

5

6

7

Tenang

Bersendirian

1

2

3

4

5

6

7

Bergaul

Tertekan

1

2

3

4

5

6

7

Terangkat

Lapar

1

2

3

4

5

6

7

Kenyang

Cuaca: buruk

1

2

3

4

5

6

7

Cuaca: baik

Tumpuan: lemah

1

2

3

4

5

6

7

Tumpuan: baik

Tekanan tinggi

1

2

3

4

5

6

7

Tekanan rendah

Tiada senaman

1

2

3

4

5

6

7

Ada latihan

Kurang tidur

1

2

3

4

5

6

7

Cukup tidur

Kualiti kesuluruhan hari: lemah

1

2

3

4

5

6

7

Kualiti keseluruhan hari: bagus

Cara ini akan membawa anda ke arah pengaplikasian perasaan yang baik apabila diperlukan. Ambil masa untuk melaksanakan latihan di atas dan dapatkan hasilnya. Jika hasilnya kurang memuaskan, ambil tindakan sekarang!

Penutup

Tiada lagi masalah stress

Setelah apa yang kita kupas sedikit sebanyak, maka seharusnya tidak wujud lagi masalah stress berlebihan yang kerap. Pengetahuan tentang jenis-jenis dan punca-punca stress yang telah diperoleh sepatutnya menjadi pendinding dalam diri, antibodi bagi virus yang membawa kuman stress. Kita sudah maklum impak-impak yang bakal berlaku akibat stress. Maka, seboleh-bolehnya kita jauhi stress daripada membelenggu diri.

Hendak seribu daya

Langkah-langkah untuk mengawal dan mengatasi stress telah diberikan dan sebenarnya ramai yang sedia maklum akan cara-cara tersebut. Terpulang ke atas diri individu itu sendiri untuk mengaplikasi ilmu yang diperoleh dalam kehidupan sehariannya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan.

Hidup ceria tanpa stress

Tuntasnya, walaupun sudah menjadi lumrah dunia setiap insan bernama manusia akan diuji dan diduga dengan mehnah dan tribulasi dalam kehidupan, setiap daripada mereka berhak untuk menjalani kehidupan yang aman dan harmoni. Stress bukanlah suatu masalah besar yang menghalang manusia daripada mengecapi nikmat duniawi itu semua. Setiap individu berhak menentukan cara hidup mereka dan berhak memilih keadaan yang diinginkannya. Pilihlah untuk tidak stress. Katakan tidak kepada stress. Hidup ceria tanpa stress.


Sumber

internet

http://www.geocities.com/azdriana13/tekanan.htm

buku perpustakaan

Controlling stress and tension – denial a. girdano, george s. everly jr, Dorothy

3 komentar:

Anonim mengatakan...

Berbagi Kasih Berbagi Buku, Lomba Puisi Berantai dan Pantun semuanya lagi diadakan oleh AM. terima tantangan yuk....! Klik http://angingmammiri.org

Anonim mengatakan...

Its a сhef's expression for 'a aгea for every thing and everything in its place'. The publican ordered Daisy, his barmaid, to carry some celebratory mixed beverages. The landfill extended the spot so it can be employed to construct on.

Visit my weblog pizza Stone manteno il menu

Anonim mengatakan...

Pretty section of content. I just stumbled upon your weblog
and in accession capital to assert that I get actually enjoyed account your blog posts.
Any way I will be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently
quickly.

Also visit my homepage :: double bathroom vanities